Wednesday, January 23, 2008

Demi Masa


Demi Masa (1) Sesunngguhnya manusia itu di dalam kerugian (2) melainkan yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran(3)

Abi membacakan maksud surah ke 103 iaitu surah al-asr kat nasuha. Tapi nasuha tak fahamlah abi, fikirku. Seolah-olah abi tahu apa yang Nasuha fikirkan ( umur Nasuha baru 16 hari ), abi terangkan. " Nasuhaku sayang, tahu tak, kat tempat abi belajar ramai orang pergi kelas lewat. Paling awal pun orang cina biasanya 10 ke 15 minit awal. Budak-budak Mealayu dan Islam nih, paling awal pun on time. Kalau kelas diorang pukul 3, pukul 3 lah diorang sampai. Ada suatu hari tu, abi pergi mabit. Patut berkumpul pukul 10:30. Tapi abi lewat 5 minit. Tu pun sebab tunggu ammi lain. Tahu tak Nasuha, malam tu teruk abi kena "belasah". Ada seorang ikhwah tu, dia bagi tazkirah tentang "Hariisun 'ala Waqtih - menjaga waktu". Allah dah bersumpah dengan masa dalam Al-Quran 19x. Maksudnya apa Nasuha ?"

ntah apa-apa lah abi, Nasuha manalah tahu.

" maksudnya, penting tu jaga waktu. Kalau di Jepun, di US dan di negara majoritinya bukan penduduk Islam, mereka sangat titik beratkan waktu/masa. Ada satu kata-kata yang menarik. If you are on time, you are late. If you are early, then you are on time. Lebih kurang camtu lah kot Nasuha. Nasuha ! Oh Nasuha, Nasuhaaaa...........
Lah dak tido dah budak ni"

Nasuha dengar sayu-sayu jer suara abi panggil Nasuha. Afwan abi. Ngantuklah
ZZZZzzzzzzzzz.

0 comments: