Sunday, August 17, 2008

Ramadhan pertamaku..



BAGAIMANA YERR UMMI NAK BLAJA BERPUASA..RAMADHAN  NK DEKAT NIE..;)MARI UMMI CERITAKAN..

10 langkah mendidik anak berpuasa:

1. Menanamkan rasa ingin berjumpa Ramadhan dan keutamaan menyambutnya berulang kali di dalam jiwa anak-anak agar melahirkan niat yang kuat untuk bepuasa.
2. Membuat persiapan menyambut Ramadhan dengan penuh keceriaan agar anak menyedari keistimewaan Ramadhan berbanding bulan lain.                          
 3. Seterusnya melatih anak-anak bangun pagi seperti suasana bersahur agar menjadi keseronokan bila sampai masanya.
4. Tidak meletakkan sebarang makanan juga minuman yang membuatkan mereka terdorong untuk berbuka puasa.
5. Beri mereka bermain bersama kanak-kanak yang juga  berpuasa supaya wujud kebersamaan bukan rasa terasing.
6. Tidak salah untuk memberikan hadiah kepada mereka sebagai menghargai kesabaran mereka dalam menjadi anak yang soleh.
7. Ceritakan pahala dan syurga dari Allah SWT kepada mereka akan kebaikan yang telah mereka lakukan.
8. Jika terlalu letih, berikan
alternatif yang membantu mereka seperti tidur di siang panas, mahupun memberi mereka bermain.
9. Mengajak anak-anak menegakkan syiar Ramadhan, solat terawih berjemaah, mengaji/ mengkaji al-Quran, melatih mereka memberi makan orang berbuka berinfaq dll.
10. Untuk ibu bapa, yang penting memberi kesedaran pada anak-anak di usia muda agar menjadi tabungan ibadah para ibubapa di masa kelak.
..semoga menjadi panduan buat ummi-ummi, ibu-ibu, mama-mama dan semua yang ingin mendidik anak berpuasa..
Insya’Allah didoakan moga keberkahan Ramadhan akan turun ke setiap keluarga muslim.
                             

0 comments: