
Suatu pagi yang indah..Ummi bercerita tentang ammah Asiah pada Nasuha.. cerita Ummi bila dah besar nanti ammah Asiah nak jadi chef terkenal..pandai masak makanan yang sedap2..erm, lapar pula dibuatnya..ummi pun menyambung cerita tentang adab-adab makan..moga2 bila Nasuha dah pandai makan sendiri nanti dapat makan dengan adab2 yang ummi ceritakan..
1) Mulakan dengan Bismillah
Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang
daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah') . Jika
dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah
'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
2) Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan
kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah
dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda
menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat
bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan
dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan
(tangan) kirinya. (HR Muslim)
3) Makan yang berhampiran.
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah
Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalarjalar ke serata hidangan
(ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan
'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir
denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)
4) Galakkan guna tiga jari
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan
tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)
5) Larangan mencela makanan
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela
makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak
menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)
6) Tidak bersandar ketika makan
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda,
"Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)
7) Kutip makanan yang terjatuh.
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil)
makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan
makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu
tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak
mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR
Muslim)
8) Mula makan dari tepi (pinggir)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di
tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan
dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
9) Jilat jari setelah selesai
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang
daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari
sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR
Bukhari dan Muslim)
10) Doa setelah selesai makan
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut,
'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la
muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang
selesai makan, kemudian menyebut,
'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, warazaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)
erm..insyaAllah ummi..doakan Nasuha jadi anak yang solehah..
sumber dr http://alamfirdausi.blogspot.com/