Tuesday, April 29, 2008

Selamat Hari Lahir Nek Wan


"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Nek Wan,









Nasuha nak ucapkan selamat hari lahir pada Nek Wan.
Nek Wan tau tak, Nasuha sekarang dah pandai gelak.
Kadang-kadang Nasuha cerita macam-macam kat abi ngan ummi.
Hari tu Nasuha jumpa kawan, nama dia Najiha, dia lahir kat Serawak.
Dia comel tau.

Semalam Atuk ngan Nenek K.L tepon Ummi.
Diorang bagitau diorang nak pegi Umrah.

Diorang kim salam kat semua.

Hmm Nasuha lapar la....
lainkali Nasuha bagitau Abi apa nak tulis lg.
Sekarang Nasuha nk minum dlu.
Salam..

Wednesday, April 16, 2008

Tafsir Surah Yunus:12

Abi..abi.. nak dengar tazkirah dari abi..em..
meh abi mulakan..Bismillahirrahmanirrahim,

Tafsir Fi Zilalil Quran ( As-Syahid Sayyid Qutb Rahimullah )

10:12
10:21
10:22
10:23

Surah ini mengumpulkan peristiwa-peristiwa kebinasaan umat-umat yang silam dari golongan orang-orang yang mendustakan rasul kadang-kadang dalam bentuk berita dan kadang-kadang dalam bentuk kisah-isah sesetegah rasul, dan semuanya bertemu ketika ditayangkan pemandangan-pemandangan kebinasaan yang ditimpakan ke atas orang-orang yang mendustakan rasul dan mengancam mereka dengan nasib kesudahan yang sama yang telah diterima oleh umat-umat yang silam itu. Oleh kerana itu, mereka tidak seharusnya terpedaya dengan kehidupan duniawi kerana ianya suatu kehidaupan yang pendek untuk menguji manusia atau seakan-akan kehidupan sesaat di hari siang, di mana mereka dapat berkenalan satu sama lain, kemudian mereka pulang ke negara yang kekal abadi di mana mereka hidup di dalam azab atau di dalam nikmat.

( di petik dari Tafsir Fi Zilalil Quran ( As-Syahid Sayyid Qutb Rahimullah ) terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob Jilid 8 cetakan pertama 2000/1420H )

Tafsir Al-Azhar (HAMKA)

"Dan apabiloa menyentuh kepada manusia sesuatu kesusahan, diapun berdoa kepada Kami sedang (dengan) berbaring ataupun duduk atau berdiri." (pangkal ayat 12)

Ayat ini masih berhubungan dengan ayat yang sebelumnya. Dia menceritakan tabiat perangai manusia. Dengan sombong dan bangga mereka menentang Nabi Allah. "Cuba datangkan tanda bukti kekuasaan Allah mengazab kami sekarang juga, dan kalau memang ada nikmat kurnia atas yang taat, cubalah lekaskan !." Apakah permintaan demikan sungguh-sungguh datang dari jiwa mereka? Bukan! Sebab jiwa orang yang demikian, bukanlah jiwa yang tahan kena cubaan, Sebab keimanan akan pertemuan dengan Allah tidak ada. Kalau mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka akan gelisah berdoa, mohon kepada Allah,
"ya Tuhan kasihanilah hambaMu ini."
Mereka berdoa baik sedang berbaring tidur, atau sedang duduk tafakkur atau sedang tegak berdiri.
"Bukan main besar malapetaka yang menimpa diriku, tidaklah aku sanggup melepaskan diri daripadanya, kalau tidak dengan pertolongan Engkau. Bilakah agaknya aku akan terlepas dari bahaya ini? Ya Allah tolonglah aku."- Bukan kepalang khusyu' doa Mereka ketika itu.

Orang musyrikin itu sendiri apabila bahaya yang menimpa telah sangat besar, tidaklah kepada berhala mereka meminta pertolongan. Mereka langsung meminta kepada Tuhan.

"Tetapi tatkala telah Kami lepaskan daripadanya kesusahannya itu, diapun pergi, seakan-akan tidak pernah berdoa kepada Kami buat menghilangkan kesusahan yang menimpanya itu."
Inipun tabiat kebanyakan manusia tadi. Diwaktu susah dia tekun berdoa kepada Tuhan, tetapi setelah bahaya terlepas, diapun pergi! Allah, mereka belakangi dan tidak mereka "tegur-sapa" lagi."

Mereka telah lupa bagaimana keadaan mereka di dalam susah dahulu, bagaimana di waktu mereka berdoa dengan tekun.

Begitulah perangai orang yang sejak mula jiwa mereka tidak berdiri atas dasar kepercayaan akan bertemu dengan Tuhan. Begitulah keadaan jiwa dari musyrikin Makkah yang menentang nabi Allah, minta diturunkan azab sekarang juga. Orang yang keras mulut dan sombong itu kelak, bila datang bahaya akan kelihatan kecil dan kerdil jiwanya:

"seperti itulah disanjung-sanjungkan bagi orang-orang yang melanggar batas, apa yang mereka kerjakan itu." (hujung ayat 12)

Orang yang melanggar batas yang ditentukan Allah, iaitu batas Allah sebagai khaliq dengan batas manusia sebagai makhluk. Pelanggar batas itu telang menyombong, ertinya telah keluar dari batasnya sebagai manusia, dan mencuba masuk ke dalam bidang Haq Tuhan. Bila dipukul sedikit sahaja oleh Tuhan dengan bahaya, kelihatan kebingungan, kehilangan pedomandan kegelisahan. Dan kalau terlepas, mereka lupa lagi. Berbeza sangat dengan orang yang berjalan di dalam batas dan garis. Bagi mereka datangnya suatu bahaya, ada penangkis iaitu sabar. Dan bila datang keuntungan atau lepas dari bahaya, ada pula persediaan iaitu syukur. Mereka tidak gelisah di waktu susah, dan tidak lupa daratan di waktu senang.


( di petik dari Tafsir Al-Azhar (HAMKA) Jilid 5 cetakan kedua 1993 )